- Back to Home »
- HIKMAH SOLAT LIMA WAKTU
Posted by : Unknown
Rabu, 17 April 2013
Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah
dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi
nilainya terhadap orang yang melaksakannya.
Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan
berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan
anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga.
Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati
dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan.
Hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:
1.
Mengingati Tuhan, pencipta alam;
2.
Menghalang perbuatan keji dan mungkar;
3.
Melahirkan ketenangan jiwa;
4.
Mendidik akhlak mulia;
5.
Menyucikan zahir dan batin;
6.
Mengekalkan kesihatan tubuh badan;
7.
Melatih disiplin diri;
8.
Melahirkan semangat bersatu padu;
9.
Meningkatkan taraf ekonomi;
10.
Mendapat ilmu politik Islam; dan
11.
Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan.
Mengingati Tuhan, pencipta alam
Ibadah solat akan mengingatkan seorang hamba kepada penciptanya,
Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,
Ingatan kepada Allah ini akan menimbulkan perasaan takut dan tunduk
taat kepada-Nya dan juga akan menimbulkan perasaan mengagung dan
membesarkan-Nya dengan sepenuh hati tanpa ada tandingan lagi.
Menghalang perbuatan keji dan mungkar
Solat juga menjadi penghalang kepada perlakuan-perlakuan buruk dan
keji. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud,
Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari angara
keji dan perbuatan durjana, dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih
besar (faedah dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahi apa yang kamu
kerjakan.
Dengan mengadap Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam akan
menimbulkan rasa kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah serta merasa gerun
dan takut terhadap kemurkaan-Nya. Hal ini sudah cukup untuk menjadi pengawal
kepada segala kejahatan dan pencegah semua jenis kemungkaran.
Melahirkan ketenangan jiwa
Selain itu, ibadah ini mampu melahirkan ketenangan jiwa,
ketenteraman fikiran, hati yang tabah, damai lagi pemurah. Firman Allah dalam
surah Al-Maarij ayat 19 hingga 23 yang bermaksud,
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat keluh kesah (lagi
kikir). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat berkeluh kesah, dan apabila
dia beroleh kesenangan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang bersolat, yang
adalah mereka itu terus berkekalan melaksanakan solat mereka itu.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,
Dijadikan penyenang mata (hati)ku dalam solat
(Hadith Riwayat Ahmad, an-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada
Anas bin Malik).
Mendidik akhlak mulia
Perbuatan dan bacaan dalam solat mampu mendidik dan mengasuh
seseorang untuk berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan santun, baik tutur
kata, dan menjaga maruah diri.
Akhlak sebegini secara tidak langsung memberi rasa malu kepada
seseorang itu untuk mendedah aurat di khalayak ramai.
Dengan demikian akan menghasilkan insan yang berperibadi lurus,
merendah diri, tidak angkuh, tidak sombong, mesra, harmoni, taat dan mempunyai
sifat-sifat mulia yang lain.
Menyucikan zahir dan batin
Solat melatih diri seseorang supaya sentiasa besih zahir dan batin.
Suci dari kekotoran luaran dan suci dari kekotoran dalaman seperti khianat, riak,
ujub (sombong) dan lain-lain lagi.
Kemurnian jiwa raga itu adalah diperolehi daripada pembersihan hati
dari syirik khafi dan jali serta kewajipan bersuci dari hadas dan najis.
Mengekalkan kesihatan tubuh badan
Ibadah solat mementingkan penjagaan kebersihan. Ibadah ini juga
menghasilkan pergerakan tubuh badan.
Gabungan kebersihan dan pergerakan boleh membantu mengekalkan
kesihatan, melancarkan perjalanan darah, dan juga menggerakkan serta
menyegarkan urat saraf. Hal ini dapat memberi kecergasan kepada tubuh badan.
Melatih disiplin diri
Ibadah solat melatih kehidupan yang berdisiplin dan mengikut
peraturan melalui penjagaan waktu solat, berbaris dalam saf dan kewajipan
mengikut imam;
Melahirkan semangat bersatu padu
Melalui solat berjemaah dan solat Jumaat, semangat perpaduan,
bekerjasama dan mahabbah dapat ditanam dan dipupuk.
Semangat sebegini menjadi pemangkin kepada kelahiran sesebuah
masyarakat yang kuat, maju, bahagia dan damai.
Meningkatkan taraf ekonomi
Secara tidak langsung, solat juga akan mengheret umat Islam supaya
berkecimpung dalam kegiatan-kegiatan ekonomi.
Dalam mendirikan ibadah solat, kita diwajibkan menutup aurat. Kita
menutup aurat dengan menggunakan pakaian.
Penghasilan pakaian memerlukan kepada penanaman kapas, penyediaan
peralatan-peralatan pertanian, kilang-kilang memproses kapas, dan sebagainya
untuk dijadikan kain.
Untuk meningkatkan penghasilan pakaian misalnya, memerlukan
emahiran, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Begitu juga akan halnya dengan peluang pekerjaan, peluang usahawan,
yang mana sama-sama menjadi aset kepada kemakmuran rakyat, kestabilan ekonomi
umat Islam, serta keutuhan negara.
Mendapat ilmu politik Islam
Melalui kewajipan berjemaah dalam solat, umat Islam telah diajar
sistem politik pemerintahan Islam.
Dalam solat berjemaah, makmum diwajibkan mengikut imam serta
menegurnya apabila terlupa atau tersalah.
Dalam sebuah negara pula rakyat diwajibkan mentaati pemerintah
tanpa boleh menderhakainya selagi tidak melanggar perintah Allah.
Menurut didikan berjemaah rakyat hendaklah menegur dan mengkritik
secara membina terhadap pemerintah apabila terdapat penyelewengan atau
kesilapan di dalam pemerintahannya.
Sementara di pihak pemerintah pula wajib menerima teguran dengan
bijaksana daripada rakyat, tidak boleh bersifat diktator dan kuku besi.
Sekiranya hikmah solat diamalkan oleh kedua-dua belah pihak, saya
percaya tidak akan timbul sebarang tentangan, pemberontakan dan huru hara.
Dengan demikian barulah akan tercapailah hasrat untuk mewujudkan
sebuah negara yang disebut oleh Allah dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud,
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ
جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ
ۚ
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ
وَرَبٌّ غَفُورٌ
“Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat
kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.
(kepada mereka dikatakan): "Makanlah olehmu dari rezki yang
(dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah
negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"
Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan
Solat adalah tanda kesyukuran dan tanda keimanan kepada Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,
‘’Setiap sesuatu itu ada tandanya, dan tanda iman itu ialah
solat....’’