- Back to Home »
- PENGERTIAN SOLAT
Posted by : Unknown
Rabu, 17 April 2013
Sholat
menurut bahasa berarti do'a, sedang menurut istilah adalah suatu bentuk ibadah
yang terdiri dari perbuatan dan ucapan yang di awali dengan takbiratul ihram
dan diakhiri dengan salam. Dan telah diwajibkan kepada manusia untuk beribadah
kepada Allah Swt
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
‘’Hai
manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang
sebelummu, agar kamu bertakwa’’, ( QS.2:21 ),
khusus
dalam hal ini terhadap ummat islam yaitu wajib menjalankan sholat wajib 5 (
lima ) waktu sehari-semalam ( 17 raka'at ). Sholat ( baik wajib maupun sunnah )
sangat besar pengaruhnya bagi kehidupan manusia, yang oleh karenanya Allah Swt
mengajarkan bila hendak memohon pertolongan Allah Swt yaitu dengan melalui
sholat dan dilakukan dengan penuh kesabaran serta sholat dapat mencegah untuk
berbuat keji dan munkar. Di bawah ini akan di uraikan tentang sholat-sholat
wajib dan sholat-sholat sunnah berikut dengan jumlah raka'at dan waktu
pelaksanaanya.
1.
SecaraZahir
Adapun takrif
solat yang dikehendaki syarak sebagai nama bagi ibadah yang menjadi tiang agama
Islam, para Fuqaha (ahli fekah) telah sepakat menetapkan pengertian ini, iaitu:
"Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan
yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah
kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan."
Tegasnya,
takrif yang diberikan oleh para Fuqaha ialah takrif yang menggambarkan solat
yang dapat didengar dan dilihat atau secara ringkas disebut takrif secara
zahir. Tidak termasuk di dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat yang
hakiki.
2.
Secara Batin
Untuk
mengetahui takrif yang menerangkan hakikat solat dan jiwanya atau takrif secara
batin, ia ada digambarkan oleh ahli-ahli makrifat iaitu:
"Berhadap
hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepadaNya serta
menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran dan kesempurnaan
kekuasaanNya."
Dengan lain
perkataan, ia boleh ditakrifkan begini:
"Hakikat
solat ialah "menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita
sembah dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya sekali."
Lantaran itu, solat juga diertikan
dengan doa kerana ia mengandungi hajat hamba kepada Allah SWT.
Menzahirkan
hajat kita kepada Allah SWT sama ada dizahirkan dengan perbuatan mahupun yang
kita zahirkan dengan sikap, bererti kita berharap untuk mendapat sesuatu yang
kita hajati. Artinya, kita memohon sesuatu nikmat atau kita mengharap supaya
terhindar dari sesuatu kesusahan dan kemelaratan.